i-POTENSI
Instrumen meneroka Potensi Diri

iPOTENSI

Ujian Minat & Potensi Kendiri

“Meneroka  potensi+ Memilih Laluan Pendidikan & Kerjaya”

90 soalan3 bahagian1,200 kerjaya
RIASEC005510101515202025253030R: 12/30I: 25/30A: 25/30S: 21/30E: 18/30C: 8/30

Contoh profil · A-I-S

APA ITU iPOTENSI?

Kenali potensi diri sebelum memilih laluan masa depan.

iPOTENSI menyokong perkembangan konsep kendiri remaja pada peringkat penerokaan dengan penilaian potensi diri yang realistik dan komprehensif  (Teori Perkembangan Kerjaya Super).

Ia mengenal pasti kecenderungan kerjaya melalui profil RIASEC berdasarkan tiga domain kesukaan, kebolehan dan minat selaras dengan Teori Pemilihan Kerjaya Holland.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiga bahagian penilaian

Soalan 1–30

Bahagian A — Kesukaan

Perkara yang anda suka lakukan.

  • Sangat Minat2
  • Minat1
  • Tidak Minat0

30 item · 5 × 6 kod

Soalan 31–60

Bahagian B — Kebolehan

Perkara yang anda boleh lakukan.

  • Sangat Minat2
  • Minat1
  • Tidak Minat0

30 item · 5 × 6 kod

Soalan 61–90

Bahagian C — Minat Kerjaya

Pekerjaan yang anda minati.

  • Sangat Minat2
  • Minat1
  • Tidak Minat0

30 item · 5 × 6 kod

Tiada jawapan betul atau salah. Jawab dengan jujur mengikut minat dan kebolehan anda.

RIASEC

Enam jenis personaliti + Persekitaran Kerjaya Holland

R

Realistik

Praktikal, alat & mesin

I

Investigatif

Menganalisis & menyelidik

A

Artistik

Kreatif & ekspresif

S

Sosial

Membantu & berinteraksi

E

Enterprising

Memimpin & mempengaruhi

C

Konvensional

Teliti & sistematik

Proses penilaian

  1. 01

    Isi maklumat

    Nama, umur, sekolah & tingkatan.

  2. 02

    Jawab 90 soalan

    Tanpa akaun atau e-mel.

  3. 03

    Lihat profil

    Skor & Kod RIASEC, Graf Profil, Corak Potensi, Corak Ketekalan & Indeks Pembezaan

  4. 04

    Teroka potensi diri

    Cadangan laluan pendidikan & kerjaya.

Contoh profil

Kod Tiga Huruf iPOTENSI

AIS
R
12/30
I
25/30
A
25/30
S
21/30
E
18/30
C
8/30

Eksplorasi kerjaya

1,200 kerjaya daripada Kamus Kerjaya iPOTENSI

Setiap kerjaya mempunyai kod RIASEC, anggaran gaji, bidang pengajian dan institusi berkaitan.

Teroka Kerjaya

INSTRUMEN & HAK CIPTA

Instrumen iPOTENSI yang sah dan berdaftar

Kerangka instrumen dan Sijil Pemberitahuan Hak Cipta diterbitkan di sini sebagai bukti sumber dan hak milik karya.

Kerangka Instrumen iPOTENSI

Rangka penuh instrumen: tujuan, teori asas, tiga bahagian dan aliran penskoran.

Bahagian
A Kesukaan · B Kebolehan · C Minat Kerjaya
Item
30 setiap bahagian · jumlah 90
Skor item
0 · 1 · 2
Asas teori
Super (Penerokaan) · Holland (RIASEC)
Keluaran
Kod tiga huruf · graf RIASEC · Indeks Pembezaan

Sijil Pemberitahuan Hak Cipta

Dikeluarkan oleh Pengawal Hak Cipta Malaysia di bawah seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332].

Nombor Pemberitahuan
CRLY2025P12927
Tajuk Karya
INSTRUMEN I-POTENSI
Kategori Karya
Sastera (Literary)
Tarikh Karya Dicipta
01 April 2024
Pemunya
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Pencipta
SYED MOHAMAD BIN SYED ABDULLAH
NURUL FAZZUAN BIN KHALID
Tarikh Pemberitahuan
19 Disember 2025

Hak cipta karya “INSTRUMEN I-POTENSI” telah dimaklumkan kepada Pengawal Hak Cipta Malaysia (MyIPO) menurut seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332]. Pemunya: Universiti Sains Malaysia.

FAQ